Cara dan panduan memilih sugar glider


"Saya berminat nk bela sugar glider.
Blh bagi sy bantuan sedikit dlm pemilihan sugar glider"

Soalan yang sentiasa menjadi perbualan terutama mereka yang masih baru memelihara sugar glider.

Panduan Dalam memilih sugar glider.


  1. Umur 



Sugar glider haiwan yang mudah mati jika salah memilih umur, 

umur yang biasa dipasarkan di malaysia adalah 1 bulan sehingga 2bulan. Segelintir jurujual yang tidak mengambil berat mereka terus memisahkan anak sugar glider dari induk dan terus menjual sugar glider yang kecil tanpa menitik berat makanan yang sesuai selepas dijual 

Masalah ini menyebabkan kesukaran pembeli menjaga dengan baik akhirnya membawa kepada masalah kesihatan serta kematian.

cara Saya ajar Makanan kepada sugar glider baby 👇


Sugar glider yang kecil tidak dibenarkan makan makanan yang keras, atau makanan yang tidak mempunyai sumber protien yang sesuai. 

Sugar glider umur 1bulan  ekor masih tidak kembang serta gigi masih tidak kuat,  saya nyatakan kelebihan dan kekurangan membeli umur sekitar 1bulan - 2bulan kebawah. 

KELEBIHAN. 
1) proses menjinakkan lebih mudah

KEKURANGAN
1) mudah mati
2) tidak pandai makan sendiri,  perlukan bantuan
3) mudah murung
4) perlu lebih disiplin dalam menjaga
5) mudah mengalami cirit birit
6) mudah menjadi kurus atau tidak cukup nutrisi pemakanan.

Nampakkan kekurangan lagi banyak dari kelebihan, jika anda terbeli atau suka membeli .

7 Perkara perlu diteliti sebelum membeli atau sediakan keperluan dahulu. 


cara pasang sangkar sugar glider




1) Sangkar
- cari sangkar yang tidak terlalu besar, dan jarak dawai adalah saiz 10sen,kerana jika besar dawai boleh melepaskan sugar glider dari sangkar. 
- Jangan membeli sangkar HAMSTER,  serta jangan letak habuk kayu. 
- biasa kami membeli sangkar burung kerana sangkar burung mempunyai dawai jaring yang rapat dan ada dawai lapik di bawah. ini mudah untuk mencuci najis.






2) Botol air dan piring makan 
- sediakan botol air minuman, perlu disangkut pada sangkar 
- bekas / piring makan jangan terlalu tinggi, cari bekas makan yang rendah.





3) Bonding Pouch / Bag sugar glider
- kegunaannya untuk membawa sugar glider berjalan, boleh digunakan untuk proses bonding " menjinakkan sugar glider"




4) Tempat tidur /buaian tidur. 
- elakkan dari membeli tempurung kelapa ,ini  menyebabkan sugar glider akan menjadi garang, Apabila sugar glider masih belum mengenali tuan akan kerap membunyi bising " Crabing"selain itu membuatkan air kencing bertakung. 
- cari bakul yang ada lubang,dan boleh letak sehelai kain.
- jika membeli jenis kain,  pastikan benang tidak tertangal kerana boleh mengakibatkan kaki /kuku/ekor luka




5) Makanan
- cari makanan sesuai, sugar glider kecil/ baby sugar glider perlu dijaga dengan teliti ,kerana sistem pencernaan masih belum sempurna, adakalanya sugar glider saiz baby perlu diajar makan, jangan dibiarkan makan sendiri. sebab mungkin akan membuatkan anda terlepas pandang ini mengakibatkan sugar glider kekurangan nutrisi,  masalah pencernaan,  masalah hidrasi dan boleh membawa kepada kematian.




6) Kuku
- sugar glider ada tangan dan kaki,  tangan mempunyai 5 jari berkuku dan kaki mempunyai 5 jari , 4 jari saja berkuku, 2kuku kaki saja perlu dipotong. 
-perlu dipotong 1minggu atau 2minggu sekali.




7) Mandi
- sugar glider kecil tidak sesuai atau jangan di mandikan, cukup sekadar lap dengan kain basah atau guna tisu basah tanpa alkohol. 

8) Masa
- jangan biarkan sugar glider stress atau murung,  rajin bermaian jika membeli seekor sugar glider, jika ingin membiak cari la pasangan.  Jika tidak mahu membiak carila jantina yang sama. 




Semoga menjadi manfaat kepada peminat sugar glider di malaysia. Saya Muhammad Adib Hasan ,kepakaran saya dalam menjual sugar glider,  membiak baka sugar glider dan mengajar cara membela sugar glider dengan mudah dan kekal sihat. Semoga keterangan diatas dapat membantu bagi semua yang ingin membeli dan memelihara sugar glider.

www.cdfsugarglider.com
" Saya Jauh dengan Anda,
saya akan dekat dengan anda jika anda membuat pembacaan ini "

 jom🤝🇯​🇴​🇲​ ke link saya👇



nak tanya?lagi






tekan wasap saya  

www.wasap.my/cdf